Suarez berang tidak diturunkan

Suarez berang tidak diturunkan

PHILADELPHIA, 10 Jun – Bintang penyerang Uruguay, Luis Suarez berang ketika dia menonton dari bangku simpanan untuk menyaksikan kekalahan pasukannya kepada Venezuela yang tidak lama lagi akan membawa kepada penyingkiran Uruguay dari Copa America Centenario.

Suarez terlepas beraksi Copa America pada tahun lepas dalam menjalani penggantungan sembilan perlawanan kerana menggigit pemain lawan ketika Piala Dunia 2014, dan direhatkan dari kekalahan pasukan Uruguay menentang Mexico dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C kerana mengalami kecederaan. Semalam, dia mahu beraksi dan menjelaskan dia merasa kecewa dan marah terhadap keputusan untuk merehatkannya di bangku simpanan.

Pemain penyerang Barcelona itu membungkus buku lalinya, mengenakan kasut bolanya dan melakukan pemanasan bersama pemain-pemain gantian lain.

Dia melakukan beberapa larian dan melihat ke arah bangku simpanan Uruguay, tetapi pengurus pasukan Oscar Tabarez memilih untuk menggunakan pemain gantian ketiganya, Matias Corujo.

Suarez berpeluh ketika dia kembali ke bangku simpanan. Dia meminta penjelasan dari kakitangan, membuat gerak isyarat, dengan berang melepaskan bib dan memukul struktur di bangku simpanan.

Suarez yang hanya mampu melihat tumbangnya Uruguay dalam perlawanan itu. – AFP
Suarez yang hanya mampu melihat tumbangnya Uruguay dalam perlawanan itu. – AFP

pg22_160611_CopaAmericaLogo

Dia jelas mahu membuat sumbangan kepada kebangkitan Uruguay dalam 10 minit terakhir perlawanan, tetapi dia tidak didaftarkan untuk beraksi sama sekali. Ia adalah mustahil.

“Menurut peraturan Copa America, anda boleh mendaftarkan beberapa pemain sebagai pemain utama, pemain gantian dan yang cedera,” jurucakap perlawanan, German Sferra memberitahu dpa.

“Pemain-pemain yang cedera, seperti Luis Suarez didaftarkan hari ini, boleh berada di bangku simpanan, membuat pemanasan, dipilih bagi ujian dadah dan boleh dilayangkan kad oleh pengadil, tetapi mereka tidak boleh beraksi,” kata Sferra. “Jadi Luis Suarez tidak akan beraksi menentang Venezuela.”

Ia adalah akhir cerita, tetapi Suarez jelas tidak bersetuju dengan keptuusan Tabarez dan pengurus untuk menjelaskannya kepada wartawan.

“Luis Suarez bercuti hari ini. Dia tidak cergas untuk beraksi. Ia adalah isu perubatan,” kata Tabarez selepas perlawanan.

“Saya tidak kisah jika dia berang, walaupun saya tidak pasti dia berang. Dia tidak memberitahu saya segalanya. Tetapi dia mengalami kecederaan utama (otot) 18 hari lalu dan kami mahukan Suarez apabila dia cergas, bagi kelayakan (Piala Dunia),” kata Tabarez.

Suarez, yang kembali ke pasukan kebangsaan selepas penggantungannya pada Mac lalu, mengalami kecederaan ketika perlawanan Piala Raja yang dimenangi Barcelona ketika bertemu Sevilla pada 22 Mei lalu. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA