Suarez cedera, Copa America jadi persoalan

Suarez cedera, Copa America jadi persoalan

MADRID, 23 Mei (AFP) – Pemain penyerang Barcelona, Luis Suarez ragu bagi persaingan Copa America bulan depan selepas berada dalam keadaan hiba pada pertengahan kemenangan Cope del Rey ke atas Sevilla semalam dengan kecederaan otot.

Pemain dari Uruguay itu meninggalkan padang sebelum perlawanan memasuki sejam dalam persaingan akhir yang sengit menyaksikan tiga pemain diarah meninggalkan padang ketika jaringan-jaringan menerusi masa tambahan dari Jordi Alba dan Neymar membolehkan Barca mencatatkan kemenangan 2-0 dan kejayaan piala yang ke 28.

“Ia sesuatu yang berhubung kait dengan otot. Sehingga doktor bertemunya di Barcelona kami tidak tahu bagaimana keadaan kecederaan tu,” kata bos Barca, Luis Enrique.

“Sekarang kami hanya perlu menunggu bagi ujian esok,” Suarez menyatakan dalam akaun Twitter rasminya.

“Saya berharap ia tidak akan teruk dan saya boleh bersama pasukan negara saya minggu depan. Terima kasih bagi sokongan yang diberikan.”

Suarez ketika menerima rawatan daripada pihak perubatan. – AFP
Suarez ketika menerima rawatan daripada pihak perubatan. – AFP

Suarez hanya kembali ke persaingan antarabangsa pada Mac lalu selepas melengkapkan penggantungan kerana menggigit pemain pertahanan dari Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014.

Uruguay akan menghadapi Mexico dalam perlawanan pembukaan Copa America, yang dihoskan oleh AS, pada 5 Jun depan sebelum menentang Venezuela dan Jamaica dalam Kumpulan C.

Suarez telah menjaringkan 59 gol dalam musim menarik bagi Barcelona untuk menjadi pemain pertama dalam tempoh tujuh tahun berbanding rakan sepasukan, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid untuk memenangi ha diah Pichichi bagi penjaring terbanyak La Liga.

ARTIKEL YANG SAMA