Suarez gembira Messi bermain semula

Suarez gembira Messi bermain semula

BUENOS AIRES, 4 Sept – Luis Suarez mengetepikan kecewa kekalahan Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 kepada Argentina, semalam apabila menyuarakan kegembiraannya melihat rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi keluar daripada persaraan.

Messi, yang mengumumkan persaraan pasukan antarabangsa pada Jun berikutan kekalahan Argentina ke atas Chile pada perlawanan akhir Copa Amerika Centenario, menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-42 apabila menentang Uruguay.

Pemain berusia 29 tahun itu kembali menyarung jersi kebangsaan Argentina dan meledak gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Uruguay.

“Saya gembira kerana dia adalah rakan saya dan kerana saya tahu apa maknanya bermain untuk Argentina kepadanya dan saya gembira untuk bola sepak secara keseluruhan,” kata Suarez.

“Piala Dunia dan Copa America pasti kurang berkualiti tanpanya.

Luis Suarez dalam aksi Uruguay menentang Argentina baru-baru ini. - AFP
Luis Suarez dalam aksi Uruguay menentang Argentina baru-baru ini. – AFP

“Kejohanan terbesar di pentas antarabangsa memerlukan pemain terbaik dunia beraksi di kejohanan itu, ia adalah keputusan yang baik untuk semua orang,” katanya.

Messi sebelum itu pernah menyatakan ‘tidak akan berpatah balik’ ketika dia mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa.

Pemain terbaik dunia itu memutuskan untuk bersara selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Argentina dinafikan Chile untuk mengucup trofi Copa America buat kali kedua dalam tempoh 12 bulan.

Ia adalah kekalahan keempat Messi di pentas final kejohanan dunia.

Kemenangan ke atas Uruguay menyaksikan Argentina merampas kedudukan teratas kelayakan zon Amerika Selatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA