Suarez ‘gigit’ Atletico

Suarez ‘gigit’ Atletico

BARCELONA, 6 April – Atletico Madrid terpaksa menanggung akibat kad merah yang diterima Fernando Torres pada babak pertama apabila dua jaringan Luis Suarez memberikan Barcelona kelebihan dengan kemenangan 2-1 sebelum perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Torres memberi permulaan baik buat Atletico apabila dia menjaringkan gol hasil hantaran Koke pada minit ke-25 tetapi menerima dua kad kuning yang menyebabkan pasukan itu kehilangan satu pemain lebih sejam.

Permainan babak kedua menyaksikan Barca menerusi Suarez merancakkan lagi perlawanan apabila dia menjaringkan gol penyamaan di tempat sendiri sebelum menjaringkan satu lagi gol menerusi tandukan pada 16 minit sebelum tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu sekali lagi bagi memutuskan siapa yang akan layak ke pusingan separuh akhir dalam perlawanan di Atletico, Vicente Calderon pada 13 April ini.

Suarez menjaringkan gol kedua Barca dalam pertemuan kedua suku akhir Liga Juara-Juara di Camp Nou, kelmarin. - Reuters
Suarez menjaringkan gol kedua Barca dalam pertemuan kedua suku akhir Liga Juara-Juara di Camp Nou, kelmarin. – Reuters

“Sudah pasti apabila dibuang padang pada babak pertama memberi kesan kepada permainan, lebih lagi apabila ia adalah pemain hebat,” kata Suarez.

“Semua orang tahu kualiti yang dia ada, tetapi dia melakukan dua kesalahan besar. Memang sayang sekali, saya lebih sukakan apabila menentang dengan 11 pemain.”

Bagaimanapun Atletico berang dengan dua kad kuning yang diterima Suarez, yang diperoleh kerana kekasaran dengan Juanfran dan insiden bersama Filipe Luis.

“Ada dua insiden membabitkan Suarez,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone. “Saya tak boleh katakan apa saya rasa, tetapi saya tidak marah dengan Fernando itu pasti.” – AFP