Suarez ‘gigit’ LA Galaxy

Suarez ‘gigit’ LA Galaxy

PASADENA, AS, 22 Julai – Jaringan Luis Suarez dan Sergi Roberto memberikan kemenangan kepada Barcelona dengan keputusan 2-1 ke atas Los Angeles Galaxy semalam, yang menurut pengurusnya Luis Enrique adalah permulaan yang menggalakkan jelajah Amerika Utara Juara Eropah.

Pemain antarabangsa Uruguay, Suarez bertemu dengan bekas rakan sepasukannya dalam Liverpool Steven Gerrard – pemerolehan terbaru Galaxy dari Eropah.

Tendangan golnya pada minit ke-45 dan gol Roberto pada minit ke-56 memastikan Barcelona walaupun meskipun tanpa bintang seperti Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil – dapat meraih prestasi dominannya di hadapan 93,226 orang penonton di Rose Bowl, Pasadena.

Itu adalah bilangan terbesar penonton pernah menyaksikan perlawanan yang menonjolkan Barcelona, yang bersiap-sedia untuk mempertahankan gelaran La Liga, Copa Del Rey dan Liga Juara-Juara, yang tidak menerima kesan daripada ancaman Gerrard dan rakan sepasukannya dalam Galaxy Robbie Keane, walaupun mengasak tanpa henti.

Mereka akhirnya meraih ganjaran dalam minit ke-45 hasil tendangan kaki kiri Suarez, yang melintasi penjaga gol Galaxy, Brian Rowe selepas hantaran melencong Rafinha dialihkan oleh Marc Bartra.

Luis Suarez (kiri) bersedia untuk menjaringkan gol apabila pemain LA Galaxy Leonardo (tengah) gagal untuk membersihkan ancaman dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Stadium Rose Bowl di Pasadena, California semalam. - AFP
Luis Suarez (kiri) bersedia untuk menjaringkan gol apabila pemain LA Galaxy Leonardo (tengah) gagal untuk membersihkan ancaman dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Stadium Rose Bowl di Pasadena, California semalam. – AFP

Suarez terlepas sasaran dari tengah padang pada minit ke-11 dan dari jarak jauh pada minit ke-23, manakala Rowe menyelamatkan percubaan Roberto dari luar kotak pada minit ke-35.

Kedua-dua pasukan membuat banyak perubahan pada waktu rehat, dengan Suarez antara tujuh pemain Barcelona diganti dan Andres Iniesta dan Gerard Pique mula dimasukkan untuk beraksi.

Jurulatih Galaxy Bruce Arena lebih-lebih lagi tetapi Luis Enrique berkata perubahan besar itu adalah ‘logik’ bagi kedua-dua pasukan.

Langkah itu membolehkannya memberi lebih banyak peluang kepada pemainnya untuk kembali kepada kelaziman, sementara dia merasakan Bruce Arena bijak mengelak kecederaan teruk pada pemain pentingnya seperti Gerrard dan Keane dengan pasukannya dalam usaha mempertahankan gelaran MLS mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA