Suarez inspirasi Barca

Suarez inspirasi Barca

MADRID, 30 Sept (AFP) – Meskipun tanpa kehadiran Lionel Messi, tonggak Barcelona diketuai Luis Suarez berjaya mematahkan beberapa serangan balas, malah mengetepikan kekurangan itu pada perlawanan Liga Juara-Juara untuk menumpaskan Bayer Leverkusen 2-1 semalam.

Tandukan Kyriakos Papadopoulos pada separuh masa pertama memberi mata pendahuluan kepada Leverkusen manakala Barca masih lagi berhempas pulas untuk meraih gol walaupun tanpa sentuhan magis Messi.

Bagaimanapun, meskipun turut kehilangan khidmat Andres Iniesta yang cedera pada bahagian hamstring, Suarez terus berhempas pulas pada 10 minit terakhir dengan merembat masuk gol ke gawang lawan.

Luis Suarez (kanan) tatkala meraikan bersama-sama Neymar selepas berjaya merembat gol ke pintu gawang Bayer Leverkusen di Stadium Camp Nou di Barcelona. – Reuters
Luis Suarez (kanan) tatkala meraikan bersama-sama Neymar selepas berjaya merembat gol ke pintu gawang Bayer Leverkusen di Stadium Camp Nou di Barcelona. – Reuters

Dan bekas penyerang Liverpool itu mempamerkan usaha gigih untuk memberikan Barca tiga mata penuh, dua minit kemudian.

Kejayaan itu membawa Barca menduduki takhta Kumpulan E, satu mata mendahului Leverkusen dan BATE Borisov, yang meraih kemenangan 3-2 ke atas Roma pada semalam.

“Kami percaya pada diri kami sehingga akhir perlawanan,” Suarez memberitahu beIN Sports.

“Kami tidak dapat mempersembahkan permainan hebat, tetapi kami perlu memenangi perlawanan. Kami perlu menunjukkan kami adalah juara.”

ARTIKEL YANG SAMA