Suarez lanjut kontrak lumayan

Suarez lanjut kontrak lumayan

BARCELONA, 10 Nov – Pemenang Kasut Emas Eropah Luis Suarez berkata, rundingan untuk melanjutkan kontraknya bersama Barcelona sehingga 2021 telah berjalan dengan lancar seperti perancangan.

Pemain berusia 29 tahun itu yang merangkul anugerah untuk kali kedua selepas selesai sebagai penjaring terbanyak Eropah musim lalu, menyertai Barcelona dengan perjanjian lima tahun dari Liverpool pada 2014.

“Rundingan sedang bergerak ke arah yang betul,” Suarez memberitahu sidang akhbar di Uruguay, di mana beliau bersedia untuk aksi kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador, hari ini.

“Kedua-dua pihak mahu perjanjian ini berjaya,” kata penyerang tengah yang menjaringkan 40 gol liga dalam 35 perlawanan musim lalu dan 59 gol daripada 53 aksi dalam semua pertandingan.

Lanjutan kontrak Barca Suarez sehingga 2021 dilaporkan melonjak sehingga 25 juta euro semusim. – AP
Lanjutan kontrak Barca Suarez sehingga 2021 dilaporkan melonjak sehingga 25 juta euro semusim. – AP

Harian sukan El Mundo Deportivo yang berpangkalan di Barcelona pada Rabu melaporkan, juara Sepanyol itu menawarkan Suarez perjanjian yang lebih baik sehingga Jun 2021, dua tahun melangkaui kontrak semasa.

“Luis Suarez, bersedia,” kata tajuk utama El Mundo manakala Marca juga melaporkan perjanjian yang bakal dicapai. Kenaikan gajinya akan menjadi lebih besar,” kata Marca.

“Buat masa ini dia mendapat 16 juta euro (AS$17.6 juta) semusim dan perjanjian baru akan melonjak kepada 25 juta euro semusim,” tambah akhbar itu lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA