Suasana Hari Raya PTEM

Suasana Hari Raya PTEM

BARU-BARU ini, Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama tutor, ibu bapa, para pelajar dan kakitangan PTEM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Awang Eddy Firdaus bin Nikman, salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Para ibu bapa, penjaga serta penuntut turut menyaksikan persembahan Qasidah yang dianggotai oleh para pelajar lelaki Enam Atas dan Enam Bawah.

Diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengetua PTEM, Pengiran Hajah Maimunah binti Pengiran Haji Osman. Acara tersebut dimeriahkan dengan persembahan Dikir Barat daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar serta Pembimbing Rakan Remaja.

Bagi memeriahkan lagi suasana, bermacam-macam agenda yang menarik telah dirancang untuk kesemua penuntut serta para hadirin. Antara agenda itu adalah Joget Aidilfitri yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar perempuan dari Kelab Tarian Tradisional dan Koir daripada pelajar Next Gen. Turut dijemput sebagai artis istimewa pada Sambutan Hari Raya tersebut ialah Irama Bahtera Band.

Para pelajar yang membuat persembahan Qasidah terdiri daripada pelajar lelaki tTngkatan Enam Atas dan Enam Bawah.
Para pelajar yang membuat persembahan Qasidah terdiri daripada pelajar lelaki tTngkatan Enam Atas dan Enam Bawah.
Artis jemputan bagi memeriahkan lagi acara Hari Raya PTEM, Irama Bahtera Band.
Artis jemputan bagi memeriahkan lagi acara Hari Raya PTEM, Irama Bahtera Band.
Antara live cooking yang turut diundang bagi mempelbagaikan hidangan raya.
Antara live cooking yang turut diundang bagi mempelbagaikan hidangan raya.

ARTIKEL YANG SAMA