Sudah balas surat FIFA

Sudah balas surat FIFA

KUALA LUMPUR, 23 Sept (HM) – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah membalas surat tunjuk sebab berhubung insiden kekecohan dicetuskan Ultras Malaya di Stadium Shah Alam, 8 September lalu dan sedang menanti jawapan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah apabila memaklumkan pihaknya sudah membalas surat berkenaan minggu lalu bagi menjawab segala maklumat berkaitan perlawanan itu yang terpaksa ditangguhkan.

“Kami (FAM) sudah membalas surat FIFA minggu lalu selepas menerima surat daripada mereka pada 9 September lalu, yang mahukan kami menjawab mengenai kekecohan tempoh hari.

ARTIKEL YANG SAMA