Sudah lama hendak peluk Islam

Sudah lama hendak peluk Islam

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – “Saya sudah lama berniat hendak memeluk agama Islam, namun tidak tahu bagaimana hendak memulakannya,” luah seorang warga Filipina pada majlis pengislamannya hari ini yang diadakan di sebuah rumah di Kampung Delima Satu, Berakas.

Menurut Rolanda Punzalan Lescano, 42, yang sudah lama tinggal di negara ini sekitar 12 tahun memberitahu Media Permata, hajatnya tercapai apabila dia bersahabat dengan salah seorang rakan beragama Islam yang membawanya kepada rakan lain yang lebih tahu mengenai proses memeluk agama Islam itu.

Beliau telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Nuralif bin Abdullah Lescano dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah kira-kira jam 5 petang di hadapan pegawai Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah dan para hadirin.

Majlis pengislamannya turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban serta menabur bunga rampai yang diselajurkan dengan majlis berbuka puasa.

Rolanda yang memilih nama Islamnya Muhammad Nuralif ketika ditemui Media Permata.
Rolanda yang memilih nama Islamnya Muhammad Nuralif ketika ditemui Media Permata.
Majlis Pengislaman Rolanda diserikan dengan Dikir Marhaban.
Majlis Pengislaman Rolanda diserikan dengan Dikir Marhaban.

ARTIKEL YANG SAMA