Sudah lama tertarik dengan agama Islam

Sudah lama tertarik dengan agama Islam

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 5 Sept – Dua orang penduduk Ulu Belait telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup baru mereka setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah rumah perumahan Kampung Pandan di sini, hari ini.

Kedua-dua saudara baru itu, Belali binti Yala, 62, daripada puak Dusun, memilih nama Islamnya sebagai Dayang Maryam binti Abullah Yala dan Roddy Sugara anak Alam, 25, yang berbangsa Iban pula memilih nama Islamnya sebagai Awang Mohd Adi Zafuwandy bin Abdullah Alam.

Kedua-dua saudara baru tersebut yang merupakan emak saudara dan anak saudara, berasal dari Kampung Merangking Hilir, Ulu Belait, telah memilih agama Islam setelah lama tertarik dengan ajaran Islam melalui pergaulan dan sebagainya.

Haji Affendy menyampaikan cenderahati kepada Dayang Maryam (kiri) dan Awang Mohd Adi Zafuwandy (dua, kiri).
Haji Affendy menyampaikan cenderahati kepada Dayang Maryam (kiri) dan Awang Mohd Adi Zafuwandy (dua, kiri).

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Kampung Pandan C, Haji Affendy bin Haji Awang Damit; Pemangku Ketua Kampung Merangking, Awang Raimey bin Abdullah dan Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu.

Statistik keramaian saudara baru bagi Daerah Belait sejak awal Januari hingga kini ialah 83 orang, manakala pada tahun lepas seramai 96 orang.

ARTIKEL YANG SAMA