Sudan luluskan belanjawan bangun ekonomi

Sudan luluskan belanjawan bangun ekonomi

JUBA, 28 Ogos – Kerajaan Sudan Selatan, dengan keadaan ekonominya yang telah dimusnahkan oleh peperangan bertahun-tahun lamanya, telah meluluskan belanjawan berjumlah satu bilion dolar untuk 2016-2017, tiga kali lebih banyak daripada tahun sebelumnya.

“Tujuan belanjawan ini adalah untuk melaksanakan perjanjian perdamaian,” beritahu Menteri Maklumat Michael Makuei kepada AFP pada Jumaat, merujuk kepada satu perjanjian yang ditandatangani pada Ogos 2015.

Cadangan belanjawan masih belum diluluskan oleh parlimen, namun kemungkinan besar ia akan diterima memandangkan kebanyakan penggubal undang-undang negara terbaru dunia setia kepada kerajaan Presiden Salva Kiir. – AFP