Sudan tarik balik subsidi tiga produk minyak

Sudan tarik balik subsidi tiga produk minyak

KHARTOUM, 27 Jan – Menteri Kewangan Sudan menarik balik subsidi kerajaan ke atas tiga produk minyak iaitu minyak bahan api,minyak jet dan gas, berita kerajaan melaporkan semalam.

Kementerian kewangan mengumumkan penarikan balik subsidi ke atas produk-produk petroleum iaitu minyak bahan api, minyak jet dan gas,” agensi berita kerajaan SUNA berkata di laman sesawangnya.

Langkah itu membatalkan ‘semua pengetatan pentadbiran dan bayaran serta cukai’ dan membuka lapangan itu kepada sektor swasta.

“Pengunduran subsidi oleh kerajaan itu dibuat pada ketika sesuai apabila harga sejagat telah jatuh dalam cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” SUNA memetik Menteri Kewangan Badreldien Mahmoud sebagai berkata dalam mesyuarat dengan kementerian minyak.

Menteri itu sebelum ini pernah berkata dia tidak akan menarik balik subsidi ke atas produk-produk itu pada tahun 2016, apabila dia mengumumkan belanjawannya bagi tahun ini.

Pada September 2013, kerajaan mengurangkan subsidi minyak, yang mencetuskan bantahan di jalan raya ketika harga runcit melonjak lebih 60 peratus.

Berbelas-belas pembantah terbunuh dalam tindakan berikut.

Ekonomi Sudan teruk terjejas pada tahun 2011 apabila Selatan Sudan meraih kemerdekaannya dan membawa bersama hampir tiga suku sumber minyak yang sebelumnya minyak negara kesatuan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA