Sudut Acer Predator dilancar

Sudut Acer Predator dilancar

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Syarikat Concepts Computer, hari ini, telah melancarkan sudut khas Acer Predator di syarikatnya di Kiulap bagi para penggemar permainan video komputer dengan menampilkan barisan produk permainan video seperti komputer, komputer riba, peranti pintar dan monitor.

Pelancarannya telah dirasmikan oleh Pengurus Cawangan Acer, Richard Soo dan Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao.

Menurut Richard, sudut itu merupakan yang pertama dan satu-satunya di Brunei yang menyediakan ruang bagi para pemain permainan video untuk mencuba sendiri pelbagai produk yang diketengahkan.

Selain itu, mereka juga dapat menyaksikan sendiri kuasa pemprosesan bagi barisan produk Acer Predator serta untuk menguji kualiti grafik dan pengalaman bermain yang lebih pantas serta menyeronokkan.

Jelas Richard lagi, barisan produk seperti komputer dan komputer riba yang berkuasa tinggi daripada Acer antara yang mendapat sambutan menggalakkan.

Pelancaran sudut khas Acer Predator oleh Richard dan Vincent.
Pelancaran sudut khas Acer Predator oleh Richard dan Vincent.
Richard ketika menerangkan mengenai kelebihan dan ciri-ciri menarik antara salah satu produk, Acer Predator.
Richard ketika menerangkan mengenai kelebihan dan ciri-ciri menarik antara salah satu produk, Acer Predator.

Katanya, sebilangan besar pemain bukan sahaja mementingkan kualiti permainan tetapi mereka menginginkan komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk memberikan mereka pengalaman bermain yang optimum.

Dengan adanya sudut Acer Predator itu, beliau percaya bahawa para pemain akan dapat mengalami sendiri perbezaan kuasa dan kualiti grafik yang dihasilkan oleh barisan produk tersebut.

Sementara itu, Vincent Pao menyatakan perasaan gembira kerana dapat membawa dan menyediakan pelbagai produk Acer Predator yang setentunya amat dinanti-nantikan oleh para pemain tempatan.

Beliau berharap produk-produk itu akan memberikan pengalaman terbaik kepada para pemain terutama apabila mereka bermain permainan video komputer mereka ketika berada di rumah atau di mana sahaja.

Manakala itu, Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman berkata dengan barisan siri produk permainan Acer Predator yang merentas pelbagai pelantar, ia setentunya mampu untuk menyediakan pengalaman baru serta mengembangkan lagi industri permainan video tempatan.

Bersempena dengan pelancaran sudut khas itu, Concepts Computer juga memberikan tawaran harga istimewa bagi peranti pintarnya, Acer Predator 8.

ARTIKEL YANG SAMA