‘Sudut Pesan-Pesan’ dibukukan

‘Sudut Pesan-Pesan’ dibukukan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 9 Okt – Buku ‘Ku Titip Pesan’ hasil nukilan penulisnya Haji Matussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba telah mula menemui peminat dengan pelancarannya hari ini.

Keseluruhan tajuk yang pernah dibincangkan semasa ‘Sudut Pesan-Pesan’ dalam rancangan Rampai Pagi dari Daerah Temburong terbitan Radio Televisyen Brunei (RTB) telah didokumentasikan oleh penulisnya dalam buku ‘Ku Titipkan Pesan’.

Pelancaran buku tersebut berlangsung di Restoran Koperasi Pelancongan Daerah Temburong, Pekan Bangar di sini dan disempurnakan oleh Ketua Unit Majalah TV, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Haji Abdul Adis bin Haji Lakim selaku wakil peribadi Pengarah RTB, Haji Muhd Suffian bin Haji Bungsu.

Haji Muhd Suffian dalam ucapannya melahirkan harapan agar penerbitan buku ‘Ku Titipkan Pesan’ ini bukan hanya sebagai bahan bacaan bahkan ia akan dapat memberikan ilham, inovasi dan motivasi kepada semua generasi terutamanya generasi muda.

Haji Abdul  Adis selaku wakil peribadi pengarah RTB  menyampaikan buku ‘Ku Titipkan Pesan’ sejurus melancarkan buku berkenaan dengan disaksikan oleh Haji Matussin.
Haji Abdul  Adis selaku wakil peribadi pengarah RTB  menyampaikan buku ‘Ku Titipkan Pesan’ sejurus melancarkan buku berkenaan dengan disaksikan oleh Haji Matussin.

Penulis buku tersebut, Haji Matussin telah ditawarkan bagi mengisikan rancangan ‘Sudut Pesan-Pesan’ dalam Rampai Pagi dari Daerah Temburong yang disiarkan setiap hari Selasa sejak bulan Jun 2014.

Menurut Haji Matussin, segala pengisian rancangan di dalamnya boleh dijadikan panduan demi mengharungi kehidupan masa depan lebih-lebih lagi dengan dengan pendokumentasian tajuk-tajuk yang diutarakan dalam rancangan itu boleh dijadikan rujukan bagi apa jua keperluan yang berkaitan dengannya.

 Buku tersebut boleh diperolehi secara percuma dengan menghubungi penulis di talian 8875051.

ARTIKEL YANG SAMA