Sudut Samsung Concept dilancar

Sudut Samsung Concept dilancar

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Intracorp (B) Sdn Bhd, hari ini, telah melancarkan Sudut Samsung Concept di cawangan Intracorp Megastore, Gadong, di mana sudut berkenaan bukan sahaja memberi keselesaan kepada pelanggan malah memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui inovasi terkini produk Samsung.

Pelancaran sudut berkenaan telah disempurnakan oleh Duta Republik Korea ke Brunei Darussalam, Chow Won Myung, Pengarah Urusan Samsung Electronics Co. Ltd, Korea, Kyung Wook Suh dan Pengurus Besar Intracorp, Lai Kok Siang.

Semasa berucap pada majlis itu, Kyung Wook Suh berkata, sejak menjadi rakan kongsi pada tahun 2013, Samsung dan Intracorp telah bekerjasama rapat membawa inovasi terkini Samsung kepada para pengguna Brunei di samping sentiasa mencari cara untuk pengguna mendapatkan pengalaman sepenuhnya produk-produk Samsung.

Pengarah Urusan Samsung Electronics Co. Ltd Korea (kiri), Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea (tengah), dan Pengurus Besar Intracorp ketika melancarkan Sudut Samsung Concept.
Pengarah Urusan Samsung Electronics Co. Ltd Korea (kiri), Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea (tengah), dan Pengurus Besar Intracorp ketika melancarkan Sudut Samsung Concept.

pg09_160703_e

Dalam pada itu, beliau juga berkata, dengan pelancaran besar-besaran Intracrop Megastore dan dua lagi cawangannya di Kiulap dan Gadong Central, telah menambah rangkaian cawangan pasaran Intracorp di mana kini pengguna lebih mudah mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk terkini Samsung.

Sementara itu, Pengarah Pengguna Perniagaan Elektronik Samsung, Steven Koh ketika ditemui pada majlis itu, pula melahirkan harapan dengan Sudut Samsung Concept berkenaan, diharap dapat berkongsi teknologi terkini Samsung di pasaran Brunei dan percaya ia akan diterima oleh pengguna di negara ini.

Persembahan yang memeriahkan lagi majlis pelancaran Sudut Samsung Concept.
Persembahan yang memeriahkan lagi majlis pelancaran Sudut Samsung Concept.

Beliau seterusnya menjelaskan, Brunei merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pasaran yang stabil dan mereka mahu mengembangkan produk-produk mereka di sini terutama model-model premium Samsung.

Menurutnya, siri premium ini sangat penting dan ia merupakan teknologi terkini dengan nama jenama SUHD yang dilengkapi dengan teknologi Quantum Display.

“Teknologi Quantum ini merupakan teknologi terkini Samsung dan dengan teknologi tersebut, kami mahu membawa produk terkini ke Brunei seterusnya berkongsi dengan rakyat Brunei mengenai teknologi terkini yang terdapat pada Samsung,” tambahnya.

Di majlis itu, Kyung Wook Suh turut melawat sekitar ruang Samsung Concept berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA