Sufian Suhaim...

Sufian Suhaimi kurung diri elak kontroversi

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Sufian Suhaimi, 24, mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada terjebak kontroversi dengan mengurangkan aktiviti di luar.

Katanya, kebiasaan menghabiskan masa di rumah sekiranya tiada sebarang komitmen berkaitan kerja seni sudah menjadi tabiatnya sejak belum bergelar penyanyi lagi.

“Saya memang sukakan masa untuk peribadi. Oleh kerana itu saya lebih selesa menghabiskan masa di rumah. Pada masa sama, kebiasaan ini juga antara cara untuk mengurangkan kontroversi. Lagipun, jika keluar sekadar untuk suka-suka, rasa seperti membuang masa. Sedangkan saya boleh mengisi masa senggang itu dengan menghasilkan lagu,”.

Penyanyi yang sebelum ini dikenali menerusi lagu Terakhir kini tampil bersama dendangan baru berjudul Harus Aku yang sudah mula diperdengarkan menerusi beberapa stesen radio tempatan.

Akuinya, lagu terbabit sudah lama dihasilkan dan turut dimuatnaik menerusi laman YouTube sebelum Terakhir yang juga single perdana dikeluarkannya.

Sufian kini tampil dengan single terbaru berjudul Terasa Ada.
Sufian kini tampil dengan single terbaru berjudul Terasa Ada.

Berikutan permintaan pendengar, beliau memilih Harus Aku sebagai single kedua dengan mengambil inisiatif me-rakam semula lagu berkenaan supaya kedengaran lebih segar. “Setakat ini Harus Aku masih lagi mendapat tempat di radio. Sekiranya ia semakin perlahan, single seterusnya pula berjudul Terasa Ada akan menyusul,” ulasnya lagi.

Sementara itu, kata Sufian setiap lagu yang dihasilkan bukan menerusi pengalaman diri, sebaliknya mengambil inspirasi daripada kisah benar membabitkan insan sekeliling.

“Karya saya adalah cerita sebenar. Ia lebih ‘hidup’ dan mudah dinyanyikan dengan sepenuh jiwa. Malah sejak dulu saya menghasilkan lagu berkaitan kehidupan orang lain kerana ia mudah diterima,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA