SugarBun anjur aktiviti menarik rai ulang tahun pertama

SugarBun anjur aktiviti menarik rai ulang tahun pertama

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 27 Jan – Bagi meraikan ulang tahun pertama pembukaan cawangannya di Pusat Membeli-Belah KBSentral, restoran rangkaian makanan segera SugarBun, hari ini, telah mula mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk para pengunjung serta para penggemar makanan segera tersebut.

Dalam temu bual bersama pihak media, Pengurus Operasi, Dayang Irene Sandra Liza binti Abang Isnawi berkata, aktiviti itu dihasratkan untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan di sini bagi menarik lebih ramai lagi pelanggan dan sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung yang datang ke cawangan tersebut untuk menjamu selera.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk ‘Wheel of Prosperity’ yang bermula hari ini hingga 31 Januari dari jam 11 pagi hingga 9 malam, di mana pelanggan akan dapat memutar permainan tersebut bagi mendapatkan hadiah menarik SugarBun.

Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu berbelanja $20 ke atas di SugarBun dan hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuk SugarBun Power Bank, cawan SugarBun, beg kitar semula SugarBun dan lain-lain lagi. Sementara itu, lapan orang pelanggan pertama yang menjamu selera di cawangan itu hari ini hingga 31 Januari akan menerima hadiah berupa set SugarBun Saver, dua buah oren Mandarin dan satu beg kitar semula.

Antara hadiah menarik untuk dimenangi para pelanggan setianya.
Antara hadiah menarik untuk dimenangi para pelanggan setianya.

Manakala itu, permainan untuk kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun juga disertakan dengan penyertaan bermula hari ini hingga 30 Januari nanti seperti permainan merebut kerusi mengikut muzik dan menari bersama maskot dari SugarBun. Penyertaan untuk bermain adalah $3 dan jumlah kemasukan adalah terhad.

Pada 30 dan 31 Januari ini pula, maskot dari SugarBun akan membuat penampilan dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dan dari 5 hingga 6 petang.

ARTIKEL YANG SAMA