SugarBun anjur Pertandingan Bergambar Bersama Watak Star Wars

SugarBun anjur Pertandingan Bergambar Bersama Watak Star Wars

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 28 Dis – Sempena tayangan filem epik Star Wars, rangkaian restoran makanan segera SugarBun kini menganjurkan Pertandingan Bergambar Bersama Watak-watak Star Wars di cawangannya di KBSentral, Jalan Maharaja Setia, Kampung Mumong ‘A’, Kuala Belait.

Pertandingan yang bermula hari ini hingga 3 Januari 2016 juga diadakan di cawangannya di Times Square, Serusop, dan dibuka kepada para pelanggan yang membeli mana-mana hidangan di restoran itu.

Gambar-gambar berkenaan kemudian perlu dimuat naik ke laman Facebook SugarBun dan mana-mana gambar yang menerima ‘Likes’ terbanyak akan menerima hadiah-hadiah istimewa.

Semasa ditemui, Pengurus Perkembangan Perniagaan SugarBun, Awang Rosmadi Misin berkata, tujuan pertandingan sebegini diadakan adalah bagi menyokong populariti filem epik Star Wars yang sangat-sangat diminati oleh orang ramai bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak dan sekeluarga.

Pengunjung bergambar bersama watak-watak Star Wars.
Pengunjung bergambar bersama watak-watak Star Wars.
Sebuah keluarga mendaftar untuk menyertai pertandingan bergambar bersama watak-watak Star Wars.
Sebuah keluarga mendaftar untuk menyertai pertandingan bergambar bersama watak-watak Star Wars.

Pertandingan ini juga bagi merasmikan menu baru dinamakan C1 yang merangkumi nasi putih bersama dua ketul ayam bakar berserta minuman soda.

Menurut beliau lagi, hanya 10 pemenang iaitu lima dari cawangan SugarBun KBSentral dan lima dari cawangan Times Square akan dimaklumkan selepas pertandingan itu berakhir.

Watak-watak Star Wars, iaitu Darth Vader dan StormTrooper akan membuat penampilan di kedua-dua cawangan tersebut bermula jam 5 hingga 6 petang dan 7 sehingga 8 malam sepanjang pertandingan.

ARTIKEL YANG SAMA