SugarBun buka cawangan di Pekan Seria

SugarBun buka cawangan di Pekan Seria

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 14 Jun – Restoran makanan segera SugarBun Brunei telah membuka cawangannya yang ketujuh di Pekan Seria bagi memenuhi permintaan meningkat dalam kalangan penduduk Seria dan Lumut, dengan majlis pelancarannya berlangsung hari ini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Harris bin Othman selaku tetamu kehormat majlis.

Pembukaan cawangan ini adalah perpindahan daripada cawangan di Jalan Muara, dan berikutan daripada pembukaan cawangannya di Pusat Membeli-Belah KBSentral, Kuala Belait beberapa bulan yang lalu.

Pengarah Urusan SugarBun Brunei, Chan Fui Meng, menyatakan misi mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan nilai untuk wang, serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, dengan 80 peratus pekerjanya kini adalah anak tempatan.

“Di samping itu, kami telah mengambil lima kakitangan daripada APTK (Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja),” tambahnya.

Haji Haris dan Chan Fui Meng melancarkan cawangan baru Sugarbun di Seria.
Haji Haris dan Chan Fui Meng melancarkan cawangan baru Sugarbun di Seria.

Di majlis pelancaran itu, Chan Fui Meng turut menyampaikan sumbangan derma daripada SugarBun Brunei kepada SMARTER Brunei yang diterima oleh presidennya, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, serta kepada Persatuan Perkembangan Masyarakat Daerah Belait.

Sempena pembukaan cawangan terbaru itu, SugarBun Brunei turut mengadakan pertandingan mewarna dan promosi menarik yang mana pelanggan berbelanja $20 ke atas akan berpeluang untuk memutar “Wheel of Appreciation” dan menang hadiah.

Untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para pelanggan, SugarBun turut memberikan Kad Ganjaran SugarBun apabila berbelanja di mana-mana cawangan mereka di seluruh negara dengan transaksi resit $20 ke atas.

Terdapat tiga ganjaran menarik dalam setiap kad dan 10 setem terkumpul pelanggan akan menerima power bank daripada SugarBun.

Pada masa yang sama, sempena bulan suci Ramadan dan Hari Raya tahun ini, SugarBun juga akan menawarkan “Makanan Ceria Raya Combo” yang terdiri daripada tiga hidangan kombo untuk dipilih.

Untuk kemudahan para pelanggan, SugarBun menawarkan perkhidmatan penghantaran di cawangan Gadong, Mulaut, KBSentral dan cawangan Seria.

Di samping itu, SugarBun juga menawarkan perkhidmatan katering untuk apa jua majlis persendirian dan hari jadi di lima restorannya di Manggis, Mulaut, Times Square, Gadong dan KBSentral.

ARTIKEL YANG SAMA