SugarBun buka cawangan ke-8

SugarBun buka cawangan ke-8

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 27 Nov – SugarBun Brunei yang menyajikan makanan segera telah pun membuka cawangan barunya yang ke-8, di Kompleks Berjaya, Kampung Petani, di Daerah Tutong, kelmarin.

Perasmiannya telah dilancarkan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain dan Pengarah Satami Food & Catering Services, Chan Fui Ming.

Chan Fui Ming dalam ucapan alu-alunya berkata, SugarBun Brunei yang sudah pun bertapak di negara ini selama tujuh tahun telah menawarkan serta menyediakan makanan sihat yang berkualiti dan mengikut cita rasa masyarakat Brunei.

Pegawai Daerah Tutong dan Pengarah Satami Food & Catering Services bergambar ramai bersama kakitangan SugarBun cawangan Daerah Tutong.
Pegawai Daerah Tutong dan Pengarah Satami Food & Catering Services bergambar ramai bersama kakitangan SugarBun cawangan Daerah Tutong.

Bersempena pembukaan cawangannya itu juga, SugarBun melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) petang tadi, turut menyampaikan sumbangan kepada 20 orang yang terpilih daripada golongan yang kurang berkemampuan di Daerah Tutong.

SugarBun Tutong yang mula beroperasi dari jam 9:30 pagi hingga 9:30 malam itu turut menawarkan perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan katering untuk acara-acara tertentu.

ARTIKEL YANG SAMA