SugarBun, FoodPanda jalin kerjasama

SugarBun, FoodPanda jalin kerjasama

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Bagi memperluaskan lagi perkhidmatannya dalam tempahan secara online, restoran makanan segera, SugarBun Brunei telah menjalin kerjasama dengan salah satu platform perkhidmatan pembekal makanan dalam talian, FoodPanda Brunei, hari ini.

Ryan Wong dan Chan Fui Meng menunjukkan SugarBun antara 76 buah restoran yang menggunakan perkhidmatan FoodPanda.
Ryan Wong dan Chan Fui Meng menunjukkan SugarBun antara 76 buah restoran yang menggunakan perkhidmatan FoodPanda.

“Perkhidmatan yang dilaksanakan bersama FoodPanda ini antara lain bertujuan untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada para pelanggan SugarBun membuat pesanan di hujung jari melalui aplikasi foodpandaBrunei”.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah SugarBun, Chan Fui Meng semasa pengumuman kerjasama dengan FoodPanda yang berlangsung di Sugarbun cawangan Gadong.

Aplikasi pesanan makanan dalam talian ini merupakan satu penyelesaian bagi sistem pesanan paling ringkas berasaskan teknologi aplikasi telefon pintar, tablet dan komputer.

Beliau seterusnya menambah, bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada pelanggan selain menggunakan motosikal, SugarBun dalam perancangan akan membuat penghantaran menggunakan kereta ketika waktu hujan.

Di samping pelancaran kerjasama ini, SugarBun juga menawarkan promosi sempena bulan Ramadan yang dikenali dengan Ramadan Combo Meal yang mana promosi ini bermula hari ini hingga 15 Julai 2016.

Bukan setakat itu saja, SugarBun juga menawarkan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis tertentu seperti hari jadi, persendirian dan tempahan yang boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline SugarBun.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan FoodPanda Brunei, Ryan Wong menjelaskan, perkhidmatan FoodPanda bermula jam 9 pagi hingga 9:30 malam dan setakat ini, sebanyak 76 restoran telah menggunakan perkhidmatan FoodPanda.

 

ARTIKEL YANG SAMA