SugarBun rai pelajar SMARTER

SugarBun rai pelajar SMARTER

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – SugarBun Brunei menceriakan kanak-kanak Pusat SMARTER dengan menjemput mereka berbuka puasa bersama-sama di SugarBun cawangan Gadong, hari ini.

Pada majlis itu juga, SugarBun Brunei telah menyampaikan cek sumbangan kepada Pusat SMARTER Brunei yang disempurnakan oleh Pengarah SugarBun Brunei, Chan Fui Meng kepada Presiden Pusat SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman yang turut hadir.

Semasa ditemui sebelum majlis bermula, Chan Fui Meng telah melahirkan perasaan gembira dan berbesar hati untuk melihat senyuman kanak-kanak berkenaan.

Penyampaian cek pada akhir majlis itu kelmarin.
Penyampaian cek pada akhir majlis itu kelmarin.
Antara warga SMARTER yang menghadiri majlis itu.
Antara warga SMARTER yang menghadiri majlis itu.

“SugarBun berhasrat untuk memberikan pengalaman dan keriangan kepada kanak-kanak yang terlibat dan melihat kegembiraan mereka, kami sangat berbesar hati dan membuatkan kami ingin terus terlibat dalam kerja kebajikan di negara ini,” ujarnya.

Menurut beliau, kita tidak boleh menilai insan autisme sesuka hati kerana kita tidak berada dalam kedudukan mereka, dan mereka juga mempunyai hak dalam masyarakat oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyedari dan memahami karakter mereka.

ARTIKEL YANG SAMA