SugarBun sumbang 3 kerusi roda

SugarBun sumbang 3 kerusi roda

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Kelab kakitangan SugarBun Brunei, baru-baru ini, telah menyumbangkan tiga kerusi roda untuk Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Daerah Tutong.

Program tersebut adalah bagi mewujudkan kesedaran mengenai keperluan pesakit yang mempunyai masalah fizikal dan untuk memberi kesenangan atau kemudahan semasa mereka menerima rawatan di hospital.

Pengarah SugarBun Brunei, Chan Fui Meng berkata, SugarBun Brunei ingin menunjukkan sikap prihatin mereka terhadap masyarakat walaupun mempunyai tanggungjawab melayan pelanggan di restoran, mereka masih ada masa dan kos untuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Saya juga ingin menyampaikan terima kasih kepada ahli kakitangan yang ikut serta dalam Program ‘We Serve, We Care’ dan menjadikan CSR kita berjaya,” tambahnya.

Kakitangan SugarBun Brunei bergambar ramai bersama warga Hospital PMMPMHAMB di hadapan tiga buah kerusi yang disumbangkan.
Kakitangan SugarBun Brunei bergambar ramai bersama warga Hospital PMMPMHAMB di hadapan tiga buah kerusi yang disumbangkan.

ARTIKEL YANG SAMA