SugarBun tawar promosi ‘Shop and Dine’

SugarBun tawar promosi ‘Shop and Dine’

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Orang ramai yang berbelanja di Pasar Raya Giant, Rimba akan berpeluang mendapatkan potongan istimewa di francais makanan segera terkenal SugarBun dalam promosi ‘Shop and Dine’.

Pengurus Besar SugarBun, Patricia semasa perjumpaan media di SugarBun cawangan Rimba, hari ini, memberitahu bahawa promosi ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Jun 2016.

“Kerjasama dengan Pasar Raya Giant ini adalah yang julung kalinya bagi kedua-dua pihak dan pelanggan yang berbelanja minimum $20 berpeluang mendapatkan potongan sebanyak 10 peratus hidangan Ala Carte di SugarBun dengan hanya membawa resit pembelian Giant,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, kerjasama ini merupakan tanda penghargaan Giant kepada pelanggan yang membeli-belah di pasar raya berkenaan.

Gambar ramai Pengurus Promosi Giant, Henry Lim dan kakitangan SugarBun.
Gambar ramai Pengurus Promosi Giant, Henry Lim dan kakitangan SugarBun.

“Apa yang menariknya, resit pembelian di Giant itu bukan saja membolehkan mereka menikmati hidangan di SugarBun Rimba saja tapi ia boleh digunakan di mana-mana cawangan SugarBun di negara ini dan resit itu hanya sah digunakan pada hari pembelian di Giant”.

Di samping itu, kanak-kanak yang menyambut hari lahirnya pada bulan Mac dan April, SugarBun akan memberikan hadiah kepada kanak-kanak berkenaan di mana mereka diberi peluang untuk mencabut hadiah tajaan SugarBun, seperti kek, ais krim maskot dan pek parti untuk jemputan kanak-kanak.

Sementara itu, ibu kanak-kanak yang menyambut hari jadi juga akan diberikan hadiah berupa Power Bank oleh SugarBun.

Turut hadir pada perjumpaan media itu ialah Pengurus Promosi Pasar Raya Giant, Henry Lim dan kakitangan SugarBun.