SUHD TV 65 inci tampil canggih

SUHD TV 65 inci tampil canggih

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Intracrop (B) Sdn Bhd selaku pengedar barangan elektronik jenama Samsung, hari ini, telah melancarkan model terbaru televisyen Samsung semasa Pesta Pengguna ke-18, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Pengurus Akaun Samsung Singapura, Sugath Lum telah mengongsikan kepada media mengenai kelebihan dan kecanggihan SUHD TV yang memiliki paparan Quantum dot serta menampilkan ketajaman resolusi empat kali ganda berbanding TV Full HD.

SUHD TV 65 inci adalah satu-satunya model televisyen di dunia yang bebas kadmium, TV yang mempunyai panel 10 bit, menawarkan kualiti gambar yang terang dan lebih berwarna-warni.

Bentuknya yang melengkung dan nipis itu tidak menggunakan banyak skru malah menyediakan set kotak untuk penggunaan USB dan yang lainnya (Smart Hub).

Wakil Samsung Singapura yang hadir bagi sama-sama melancarkan model TV terbaru yang pertama di Brunei.
Wakil Samsung Singapura yang hadir bagi sama-sama melancarkan model TV terbaru yang pertama di Brunei.

Selain itu, TV ini juga dilengkapi dengan pemproses empat teras dan Wayarles LAN terbina dalam untuk penggunaan Internet yang kini menjadi trend serta Bluetooth Low Energy.

“Model TV ini menggunakan sistem operasi Tizen yang boleh disambung terus ke telefon bimbit dengan menggunakan wayarles yang sama ataupun hotspot pada telefon bimbit,” jelas Sugath lagi.

ARTIKEL YANG SAMA