SUKA anjur pameran 1K1P

SUKA anjur pameran 1K1P

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 4 Sept – Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) dengan kerjasama Nani Makeup Artis, hari ini, telah mengadakan Bengkel Jurusolek dan Pameran Produk 1K1P berasaskan Kesihatan di Bangunan SUKA, Sungai Basong, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan bengkel yang disertai 10 orang peserta tersebut ialah isteri Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Hajah Rusmah binti Haji Muksin.

Semasa bengkel dijalankan, tetamu kehormat dan para peserta berpeluang menyaksikan video SUKA merentas zaman dan menyaksikan mini pameran produk-produk serta demonstrasi mekap oleh jurusolek Nani Makeup yang dikenali ramai, Dayang Siti Hanani binti Abu Bakar.

Bengkel dan pameran Satu Kampung Satu Produk (1K1P) berasaskan produk kesihatan ini merupakan inisiatif SUKA bagi memantapkan kemahiran dalam bidang jurusolek serta peka dengan pengeluaran produk-produk kesihatan yang dihasilkan oleh majlis perundingan mukim dan kampung di Daerah Tutong melalui produk 1K1P.

Tetamu kehormat menyaksikan pameran mini produk 1K1P di Bangunan SUKA.
Tetamu kehormat menyaksikan pameran mini produk 1K1P di Bangunan SUKA.
Demonstrasi solekan daripada Dayang Siti Hanani.
Demonstrasi solekan daripada Dayang Siti Hanani.

pg09_160805_a

Bengkel ini juga diadakan bagi menyediakan platform kepada ahli-ahli SUKA untuk pembelajaran sepanjang hayat, sentiasa aktif melibatkan diri dengan menyertai kegiatan yang berfaedah dan meningkatkan kemahiran masing-masing.

Selain itu, ia juga mendedahkan produk-produk 1K1P yang mempunyai potensi serta mempunyai kemampuan dan kualiti yang tinggi kepada pengguna.

Bengkel seperti ini akan diadakan sekali lagi pada 9 dan 11 September yang juga bakal dikendalikan oleh jurusolek Nani Makeup.

ARTIKEL YANG SAMA