SUKA bantu mangsa banjir

SUKA bantu mangsa banjir

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Dis – Daerah Tutong tidak terkecuali daripada berlakunya kejadian banjir kilat yang menjejaskan beberapa buah kawasan termasuk kawasan Sungai Damuan di Kampung Kupang, Kampung Sinaut dan Kampung Batang Mitus, semalam.

Namun, keadaan banjir di kawasan tersebut mula surut selepas hujan berhenti pagi tadi. Selain itu, satu kejadian tanah susur juga dilaporkan berlaku di Kampung Kupang.

Sementara itu, sebuah rumah kepunyaan Awang Zainal bin Abdullah di Kampung Kebia juga dimasuki air dan mengakibatkan berlakunya beberapa kerosakan seperti perabot rumah, sofa, almari, katil dan bekalan elektrik tidak berfungsi sepenuhnya dan beberapa dokumen penting turut rosak.

Salah seorang ahli SUKA membantu keluarga tersebut membersihkan kawasan rumah mereka.
Salah seorang ahli SUKA membantu keluarga tersebut membersihkan kawasan rumah mereka.
Keadaan rumah milik Awang Zainal yang dimasuki air akibat hujan lebat.
Keadaan rumah milik Awang Zainal yang dimasuki air akibat hujan lebat.
Keadaan rumah Awang Zainal selepas air yang memasuki rumah beliau surut.
Keadaan rumah Awang Zainal selepas air yang memasuki rumah beliau surut.

pg04_151221_b

Sehubungan itu, seramai 15 orang ahli-ahli Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) yang diketuai oleh Ketua SUKA, Awang Mohd Amir bin Haji Umarali, pagi tadi, telah pun menghulurkan bantuan dengan mengadakan kempen kebersihan di rumah mangsa banjir tersebut.

SUKA dalam kenyataannya berkata pihaknya akan sentiasa memantau rumah berkenaan berikutan risiko banjir kilat yang kemungkinan akan berlaku pada bila-bila masa, memandangkan rumah tersebut berhampiran dengan sungai.

Agensi-agensi daripada pelbagai agensi di bawah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) bagi Daerah Tutong, Pasukan Bomba dan Penyelamat, serta ketua kampung juga akan sentiasa memantau dan meninjau di tempat-tempat kejadian.

ARTIKEL YANG SAMA