SUKA ganding bahu cantikkan kawasan masjid

SUKA ganding bahu cantikkan kawasan masjid

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 27 Mei – Lebih 20 orang ahli Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) telah terlibat menjayakan aktiviti kemasyarakatan iaitu bergotong-royong membersihkan dan membisaikan kawasan Masjid Kampung Bukit, Daerah Tutong, pagi tadi.

Aktiviti gotong-royong ini dikendalikan bersama oleh ahli-ahli Takmir Masjid Kampung Bukit dan majlis perundingan mukim dan kampung serta penduduk Kampung Bukit, Daerah Tutong.

Acara tersebut diselajurkan dengan penyerahan barang wakaf daripada hamba Allah yang diserahkan oleh Setiausaha selaku Ketua Urus Setia SUKA, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali kepada Penghulu Mukim Ukong, Haji Omar bin Abdul Aziz yang seterusnya menyerahkannya kepada imam Masjid Kampung Bukit.

Aktiviti kemasyarakatan ini merupakan salah satu aktiviti SUKA bagi mendekatkan ahli-ahli dengan masyarakat kampung melalui kerja-kerja yang berkebajikan.

Awang Muhammad Amir bersama SUKA berganding bahu membisaikan kawasan masjid.
Awang Muhammad Amir bersama SUKA berganding bahu membisaikan kawasan masjid.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Bukit, Haji Muhammad Shadiqin bin Abdullah Janjam dan anggota Pasukan Daerah Polis Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA