SUKA jemput beramal

SUKA jemput beramal

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 5 Okt – Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) buat julung-julung kalinya akan mengadakan Program Jelajah Program Sumbang dan Bantu Mukim ke Mukim Daerah Tutong.

Destinasi pertama yang akan dikunjungi ialah Mukim Kiudang yang akan diadakan pada 7 Oktober ini bertempat di Pusat Kemasyarakatan Kampung Birau, Tutong.

Program sehari itu akan diisikan dengan aktiviti sampingan iaitu menyerahkan sumbangan berbentuk pakaian kepada yang memerlukan. Oleh itu, orang ramai yang berkeinginan untuk menghulurkan sumbangan, pihak SUKA juga menyediakan ‘Drop Point Sementara’ di Pusat Kemasyarakatan Kampung Birau bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Bagi orang ramai yang ingin membuat sumbangan lebih awal, mereka bolehlah menghantarnya terus ke Bangunan Sukarelawan Daerah Tutong, Jalan Sungai  Basong, Tutong (berdekatan dengan RTB Tutong).

Sebarang keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jawatankuasa SUKA di talian 8865925 dan 8791516.

ARTIKEL YANG SAMA