SUKA rai ulang tahun pertama

SUKA rai ulang tahun pertama

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 5 Feb – Seramai 30 orang ahli Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) telah menghadiri Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil yang diadakan di Pejabat SUKA, Sungai Basong, Tutong, semalam.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Urus Setia SUKA, Haji Saifulbahri bin Haji Umarali, sebelum diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan membaca Tahlil serta Doa Kesyukuran sempena Penubuhan Setahun SUKA.

Haji Saifulbahri menjelaskan, majlis ini diadakan bersempena penubuhan SUKA di samping mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli-ahlinya dan menurutnya, majlis serumpama ini akan diadakan setiap tahun.

Beliau turut melahirkan harapan agar SUKA akan terus maju dalam apa jua aktiviti yang dijalankan di Daerah Tutong sesuai dengan konsep Berwawasan dan Berintegriti.

Majlis doa kesyukuran sempena ulang tahun pertama SUKA di ibu pejabat pertubuhan itu di Sungai Basong, semalam.
Majlis doa kesyukuran sempena ulang tahun pertama SUKA di ibu pejabat pertubuhan itu di Sungai Basong, semalam.

SUKA ditubuhkan pada 2 Februari 2015 di bawah naungan Jabatan Daerah Tutong.

Objektif penubuhannya adalah bagi membentuk kumpulan Sukarelawan Daerah Tutong yang pelbagai latar belakang, pendidikan, pekerjaan dan berkemahiran dalam semua aspek yang diperlukan oleh masyarakat dan negara dalam melaksanakan kerja-kerja kesukarelawanan.

ARTIKEL YANG SAMA