Sukan Jabatan Perkhidmatan Pergigian

Sukan Jabatan Perkhidmatan Pergigian

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Pergigian telah mengadakan Kejohanan Futsal dan Bola Jaring untuk para pegawai dan kakitangan di Padang Futsal dan Bola Jaring, Institut Teknologi Brunei, semalam.

Dr Haji Shamshir bin Haji Zainal Abidin selaku Pengarah Perkhidmatan Pergigian telah menyampaikan Piala Pengarah bagi johan pertandingan futsal manakala tetamu kehormat perlawanan akhir bola jaring ialah Dr Sylviana binti Haji Moris yang juga Pemangku CEO Jabatan Perkhidmatan Pergigian telah menyampaikan Piala CEO kepada johan bola jaring.

Antara tujuan acara ini diadakan ialah bagi menggalakkan para pegawai dan kakitangan jabatan untuk bergiat cergas dalam aktiviti sukan untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Sebanyak lima pasukan bertanding untuk merebut Piala Pengarah Kejohanan Futsal dan lima pasukan bertanding untuk merebut Piala CEO Kejohanan Bola Jaring.

Para pemenang pertandingan bergambar ramai bersama tetamu kehormat, para pegawai dan pakar Jabatan Perkhidmatan Pergigian.
Para pemenang pertandingan bergambar ramai bersama tetamu kehormat, para pegawai dan pakar Jabatan Perkhidmatan Pergigian.

Kumpulan Stingray muncul johan pertandingan futsal sementara Kumpulan Longlai pula muncul sebagai pemenang Piala Rebutan Kejohanan Futsal Piala Pengarah. Johan pertandingan bola jaring dan seterusnya memenangi Piala Rebutan CEO ialah Kumpulan Hygienisters.

Pemain terbaik pertandingan futsal ialah Awang Ali Sharoney bin Haji Hamid sementara Dayang Siti Rafeah binti Abdullah Thani telah dipilih sebagai pemain terbaik pertandingan bola jaring.

ARTIKEL YANG SAMA