Sukan Kebangsaan diadakan pada 2016?

Sukan Kebangsaan diadakan pada 2016?

Sukan Kebangsaan (dulunya Pesta Sukan Kebangsaan) dan Sukan Remaja merupakan dua perkara yang sangat dialu-alukan dan dinantikan oleh semua atlet terutama atlet remaja di negara ini.

Ia merupakan platform untuk melahirkan atlet-atlet  kebangsaan bagi Negara Brunei Darussalam yang bakal beraksi di arena serantau dan antarabangsa malah sebelum ini telah berjasa melahirkan atlet-atlet berpotensi dan berkaliber dalam meraih pingat untuk negara.

Persoalannya adakah sukan ini (Sukan Kebangsaan atau Sukan Remaja) ini akan diadakan pada tahun 2016 ini.

Pada hemat saya, Sukan Kebangsaan dan Sukan Remaja janganlah diberhentikan atau ditiadakan sebaliknya ia perlu diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir.

Jika tidak, ia seolah-olah mematikan semangat para atlet terutamanya atlet remaja yang merupakan aset penting negara. – Atlet Remaja, BSB

ARTIKEL YANG SAMA