Sukan Keluarga HMHZ meriahkan aktiviti cuti sekolah

Sukan Keluarga HMHZ meriahkan aktiviti cuti sekolah

Oleh Kasma

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Musim cuti persekolahan telah pun bermula di seluruh negara.

Kesempatan itu telah digunakan oleh para ibu bapa untuk mengisi pelbagai aktiviti keluarga bersama anak-anak mereka semasa percutian sekolah ini.

Ada di antara keluarga yang meluangkan masa menikmati percutian dengan membawa anak-anak mereka melancong ke luar negara, melawat tempat-tempat menarik di dalam negara dan ada pula yang melaksanakan program atau aktiviti keluarga yang lebih menghala kepada kehidupan sihat seperti acara “Aktiviti Sukan Keluarga”.

Baru-baru ini, satu acara aktiviti sukan keluarga telah diadakan oleh keluarga HMHZ.

Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan oleh keluarga berkenaan.

Salah satu acara menggolek kelapa tua bagi perempuan yang dipertandingkan.
Salah satu acara menggolek kelapa tua bagi perempuan yang dipertandingkan.

Di antara tujuan aktiviti sukan keluarga ini diadakan adalah untuk mengisikan musim cuti persekolahan dengan pelbagai aktiviti sukan khususnya bagi anak-anak keluarga berkenaan dengan pelbagai aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Dengan adanya aktiviti seumpama ini, secara langsung ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan keluarga HMHZ dan dapat menjauhi daripada gejala-gejala yang negatif.

Di antara beberapa acara sukan keluarga yang telah dipertandingkan adalah seperti acara menggolek kelapa tua; melontar jauh kelapa tua; melastik getah; membawa bola ping pong berpasangan; merambat; perlawanan ping pong; perlawanan gasing bagi kanak-kanak dan remaja; kemahiran menarik kertas yang disusun dengan tingkatan cawan plastik; perlawanan dart; membawa gelang getah berkumpulan; perlawanan tarik kalat antara keluarga dan kumpulan, lari dalam guni dan lainnya.

Acara membawa bola ping pong yang dilakukan secara berpasangan.
Acara membawa bola ping pong yang dilakukan secara berpasangan.
Aksi salah seorang peserta kanak-kanak yang menunjukkan kemahirannya melontarkan gelang getah.
Aksi salah seorang peserta kanak-kanak yang menunjukkan kemahirannya melontarkan gelang getah.

Penyertaan aktiviti sukan keluarga HMHZ ini melibatkan semua peringkat peserta keluarga iaitu peringkat kanak-kanak; remaja; dan dewasa. Acara ini telah diadakan dengan penuh meriah terutama sekali acara yang menarik perhatian iaitu perlawanan tarik kalat.

Majlis ‘Perhimpunan Keluarga HMHZ’ yang diselajurkan dengan penyampian hadiah-hadiah bagi peserta-peserta yang telah memenangi beberapa acara sukan bakal menjadi kemuncak kepada acara tersebut yang dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini.

Selain daripada itu, acara kemuncak itu nanti akan diisikan dengan pelbagai aktiviti sampingan di antaranya adalah menghargai pencapaian akademik anak-anak keluarga HMHZ yang telah berjaya dan lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA