Sukan lumba perahu 22 Mei ini

Sukan lumba perahu 22 Mei ini

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Tanggapan mengenai sukan lumba kayuh hanya untuk lelaki sahaja adalah satu kenyataan yang tidak tepat, tetapi sebaliknya ia juga boleh dipelopori oleh kaum wanita dengan sokongan beberapa pihak seperti Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan juga kini sudah tiba masanya untuk memberikan peluang dan menyediakan platform bagi kaum perempuan untuk turut serta dalam sukan tersebut.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Brunei Darussalam, Haji Haris bin Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurus Pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Lumba Perahu Tradisional kali ke-23 tahun 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Serasa, hari ini.

Pada permesyuaratan tersebut juga, satu siri taklimat telah disampaikan daripada persatuan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kemudiannya diselajurkan dengan sesi undian bagi kejohanan yang bakal diadakan bermula 22 Mei ini pada jam 9 pagi nanti.

Antara acara yang bakal berlangsung pada hari tersebut ialah Perlawanan Perahu Tradisi yang antaranya akan menampilkan perlawanan bagi PT30 Terbuka Tempatan yang terdiri daripada peserta Kementerian Pertahanan, Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, TelBru, dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), PT 25 Terbuka Tempatan bagi peserta Kementerian Pertahanan, Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB) dan Waktu.

Gambar ramai bersama ahli jawatankuasa kejohanan tersebut bersama para pengurus peserta.
Gambar ramai bersama ahli jawatankuasa kejohanan tersebut bersama para pengurus peserta.

PT 15 Jemputan Swasta pula terdiri daripada peserta DST, Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan TelBru, PT 10 Tempatan terdiri daripada Waktu, Laila Kesuma dan MSPDB , PT 20 Kementerian-kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), PT 15 Jemputan Swasta terdiri daripada DST, RB, TelBru, ToTal, dan TAIB dan PT 20 Terbuka Tempatan terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Laila Kesuma, Waktu dan MSPDB.

Sementara itu bagi Perahu Fibre pula akan mempertandingkan PF 20 Terbuka Tempatan yang terdiri daripada peserta Saba Lela Menchanai, Wira Kesuma dan Waktu, PF 20 Kementerian-kementerian yang terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, KHEU, JPM dan Kementerian Perhubungan dan PF 20 Terbuka Campuran Tempatan terdiri daripada 12 lelaki dan lapan Perempuan daripada Kementerian Pendidikan, Telbru dan Waktu.

Manakala bagi acara Perahu Fibre Glass pula akan mempertandingkan PF10 Kementerian-kementerian yang terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, KHEU, Kementerian Pembangunan, JPM, KKBS dan Kementerian Perhubungan, PF 10 Terbuka Tempatan terdiri daripada peserta Saba Lela Menchanai, Wira Kesuma dan Waktu, PF 15 Terbuka Campuran Tempatan pula terdiri daripada Kementerian Pendidikan, TelBru, Waktu, Total, PF 10 Tempatan terdiri daripada Waktu, Laila Kesuma dan MSPDB, PF20 Jemputan Syarikat Swasta terdiri daripada RB, DST, Telbru, Total dan TAIB dan PF 25 Terbuka Tempatan terdiri daripada peserta Kementerian Pertahanan,MSPDB dan Waktu.

Dalam pada itu, salah seorang ahli pasukan yang menyertai kejohanan tersebut dalam temu bual bersama media, Pengurus Pasukan DST, Awang Sufri bin Abdullah berkata DST selaku juara bertahan PF 20 Jemputan Syarikat Swasta merasakan cabaran kali ini adalah lebih hebat apatah lagi dengan bertambahnya bilangan peserta.

“Namun ia merupakan perkembangan yang menggalakkan dan menjadi motivasi kami untuk meneruskan kejuaraan tahun lalu,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA