Sukan Olahraga Sekolah Yayasan 2016

Sukan Olahraga Sekolah Yayasan 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Kira-kira 800 orang pelajar peringkat menengah dan rendah hari ini terlibat dalam Sukan Olahraga Sekolah Yayasan 2016 yang diadakan di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang dianjurkan oleh Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah itu ialah Ahli Lembaga Pengarah Tadbir Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Mohd Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman.

Tetamu kehormat kemudiannya menyempurnakan acara perasmian dan beramah mesra bersama ketua rumah dan ahli-ahlinya sebelum berpeluang penyampaian pingat kepada barisan pemenang dalam beberapa acara tersebut.

Antara acara larian yang menjadi kemuncak kejohanan ialah larian 100m, 200m dan 4x100m bagi lelaki dan perempuan kumpulan B dan C sementara acara padang pula menyaksikan para peserta terlibat dalam acara lontar peluru, rejam lembing, lempar cekera, lompat jauh dan lompat kijang.

Antara aksi salah satu acara sukan pada sukan olahraga itu.
Antara aksi salah satu acara sukan pada sukan olahraga itu.

Para pelajar yang terlibat dalam kejohanan tersebut diagihkan kepada empat rumah sukan yang menampilkan nama daerah-daerah di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA