Sukan Olimpik urusan keluarga

Sukan Olimpik urusan keluarga

AKRON, AS, 6 Ogos – Sukan Olimpik musim panas seterusnya akan menjadi urusan keluarga untuk pemain golf Korea Selatan An Byeong-Hun apabila pukulan bermula di Rio de Janeiro selepas sukan itu hilang 112 tahun.

Pemain berusia 23 tahun dari Seoul ini adalah anak kepada pemenang pingat Olimpik pingpong dan berhasrat untuk menambah emas kepada pingat perak dan gangsa yang telah dimenangi oleh ibu dan bapanya.

“Saya tidak akan berada di sini jika bukan kerana Olimpik,” An bergurau semalam ketika menceritakan bagaimana cintanya berputik semasa Olimpik Seoul 1988.

Pada masa itu, hubungan An dengan bapanya, regu Ahn Jae-Hyung dan bintang perseorangan wanita China Jiao Zhimin, dilihat sebagai sensasi media di Korea Selatan di mana ia dianggap ‘politik yang tidak betul’ menurut ahli sejarah Olimpik.

Pasangan itu bertemu dua tahun lebih awal pada Sukan Asia 1986 dan ketika Seoul menjadi tuan rumah ‘ada sesuatu berlaku di antara mereka, kata An, yang dilahirkan pada 1991, tiga tahun selepas Sukan Olimpik 1988.

(Dari kiri) Henrik Stenson, Byeong-Hun An dan Matt Kuchar bergambar dengan trofi yang dimenangi oleh George Lyon dari Kanada semasa Olimpik 1904, dalam satu sidang media di Akron, Ohio semalam. – AFP
(Dari kiri) Henrik Stenson, Byeong-Hun An dan Matt Kuchar bergambar dengan trofi yang dimenangi oleh George Lyon dari Kanada semasa Olimpik 1904, dalam satu sidang media di Akron, Ohio semalam. – AFP

Dek sejarah keluarganya, An yang berminat untuk menambah koleksi pingat ibu bapanya berkata: “Ia akan menjadi hebat untuk bermain dalam Sukan Olimpik, terutama kerana ibu bapa saya bermain di sana,” kata An.

“Lebih menarik lagi untuk memenangi emas. Apabila saya mendengar golf akan menjadi acara Sukan Olimpik, saya berkata: Baiklah mari kita cuba membentuk pasukan Korea. Memang hebat untuk mewakili negara.”

Agak menghairankan, An mendedahkan ibu bapanya tidak pernah menunjukkan kepadanya pingat mereka dari 1988. “Saya tidak pernah melihat. Hanya dalam gambar,” katanya.

“Saya rasa saya bertanya sekali di mana pingat itu dan mereka berkata, ‘Tiada dalam dalam rumah, disimpan dengan selamat. Saya suka mendapatkan sebutir untuk diri sendiri.”

An berkata demikian pada malam Jemputan WGC-Bridgestone ketika dunia golf menandakan detik setahun sebelum Sukan Olimpik.

Beliau menghabiskan sebahagian besar musim ini dalam Jelajah Eropah dan mencatat kejayaan yang ketara pada Kejohanan PGA BMW Mei lalu.

Beliau juga mencipta sejarah pada 2009 sebagai pemenang termuda Kejohanan Golf Amatur AS pada usia 17. Beliau masih belum sepadan dengan kehebatan ibu bapanya dalam sukan pingpong. – AFP