Sukan Peribumi Dunia papar ‘kehebatan’ suku kaum

Sukan Peribumi Dunia papar ‘kehebatan’ suku kaum

PALMAS, Brazil, 28 Okt (Agensi) – Peribumi Maori dari New Zealand, orang kenit Aeta dari Filipina dan suku kaum semua bentuk dan saiz menguji tenaga sesama mereka pada Sukan Peribumi Dunia pertama, yang turut memaparkan keadaan ‘kelam-kabut’ serta ‘pemandangan indah’ silih berganti daripada setiap pasukan suku kaum dari dunia sejagat.

Para penganjur menyifatkan acara selama tujuh hari tersebut sebagai Sukan Olimpik kaum peribumi.

Tetapi bagi seramai hampir 2,000 peserta dari kira-kira 20 negara yang berkumpul minggu lepas di bandar tuan rumah Palmas, kawasan pertanian pedalaman di Brazil, selain melaksanakan acara sukan, satu perkara menarik yang tidak dapat dielakkan ialah perkongsian pelbagai budaya dan pembelajaran di kalangan sesama peserta.

Suku kaum Brazil ketika mengambil bahagian dalam acara tarik kalat di kejohanan Sukan Peribumi Dunia di Palmas, Tocantins, Brazil pada 25 Oktober 2015. – AFP
Suku kaum Brazil ketika mengambil bahagian dalam acara tarik kalat di kejohanan Sukan Peribumi Dunia di Palmas, Tocantins, Brazil pada 25 Oktober 2015. – AFP

“Ini mengembalikan kepercayaan atau keyakinan awda kepada kemanusiaan,” kata Lamarr Oksasikewiyin, seorang guru sekolah berusia 46 tahun dari suku kaum Nehiyaw di wilayah Saskatchewan, Kanada, tatkala beliau menyertai pusingan pertama acara membaling lembing. “Saudara-saudara kami yang lebih tua pernah memberitahu saya bahawa budaya kami akan menyelamatkan kami. Saya fikir ini adalah apa yang beliau maksudkan.”

Meskipun perbezaan yang begitu ketara di antara para peserta – suku kaum Tapirape dari Brazil hanya mengenakan cat badan dan cawat kecil sementara delegasi tunggal dari Rusia ditutupi dengan kulit binatang berbulu Siberia yang bertentangan dengan suhu panas tropika – situasi yang begitu ketara sekali berjaya menyatukan suku kaum peribumi dari seluruh dunia, kata Oksasikewiyin.

ARTIKEL YANG SAMA