Sukan Polis Diraja Brunei

Sukan Polis Diraja Brunei

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Kejohanan Sukan Olahraga Antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei ke-30 sedang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong bermula hari ini hingga esok.

Beberapa acara dipertandingkan hari ini sebagai pembuka tirai kejohanan termasuk acara lompat jauh terbuka, lontar peluru terbuka, merejam lembing terbuka, larian 100m pegawai cawangan lelaki, larian 100m lelaki terbuka, larian 400m terbuka, 100m veteran, 100m pegawai, dan 100m wanita terbuka.

Dalam acara 100m veteran wanita, W/Sgt Simau anak Inin berjaya meraih pingat emas, W/Sgt 2499 Aslinda binti Reduan mengambil pingat perak dan pingat gangsa jatuh kepada W/Sgt 2501 Felicitas Yong Shiek Ching.

Para pemenang acara 100m veteran wanita bergambar ramai bersama Pemangku Komandan Institut Latihan Polis, Superintenden Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Metali.
Para pemenang acara 100m veteran wanita bergambar ramai bersama Pemangku Komandan Institut Latihan Polis, Superintenden Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Metali.
Suasana ketika kejohanan itu berlangsung.
Suasana ketika kejohanan itu berlangsung.

Sementara itu dalam acara 100m terbuka lelaki, Cpl 4672 Mohd Azhar Sabree bin Haji Rahim meraih pingat emas, L/Cpl 5610 Pengiran Mohd Abdul Malik pingat perak dan PC 5823 Mohd Huzairol bin Mohd Idris meraih gangsa.

Setakat ini, Cawangan A memungut 11 pingat; lima emas, tiga perak dan tiga gangsa, Cawangan B memungut 14 pingat; enam emas, tujuh perak dan satu gangsa, Cawangan C memungut empat pingat; dua emas dan dua gangsa, Cawangan D memungut 10 pingat; satu emas, enam perak dan tiga gangsa dan Cawangan E dengan tujuh pingat; satu emas dan enam gangsa.

Manakala esok (12 Disember), beberapa acara sukan lagi akan dipertandingkan yang juga diselitkan dengan upacara pembukaan dan penutup kejohanan di tempat sama.

ARTIKEL YANG SAMA