Sukan Ria eratkan lagi silaturahim keluarga

Sukan Ria eratkan lagi silaturahim keluarga

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Bersempena Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini, sebuah keluarga besar, baru-baru ini, telah mengadakan Sukan Ria Keluarga di Dewan Kompleks Sukan Sungai Kebun. Sukan ria keluarga Allahyarham Haji Mokti bin Pata dan Hajah Bungsu binti Gapor itu diadakan buat kali kedua bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

Menurut Awang Mohammad Isa bin Haji Marsidi selaku pengerusi acara tersebut, Sukan Ria Keluarga ini telah diadakan bermula tahun lalu dan akan diungkayahkan lagi pada tahun-tahun akan datang juga.

Dalam sukan ria ini, lapan permainan telah dipertandingkan iaitu Chinese whisper, makan mi goreng, memancing, run puzzle, boom road, memutik gula-gula dan makan roti dan biskut.

Setiap keluarga menyediakan hadiah bagi setiap perlawanan, di mana hadiah-hadiah disampaikan oleh ketua-ketua keluarga yang terdiri daripada anak dan menantu Allahyarham Haji Mokti.

Bergambar ramai antara Keluarga Allahyarham Haji Mokti bin Pata dengan Hajah Bungsu binti Gapor.
Bergambar ramai antara Keluarga Allahyarham Haji Mokti bin Pata dengan Hajah Bungsu binti Gapor.

Piala Pusingan telah diserahkan oleh Hajah Masni binti Haji Mokti (HAHM) selaku juara tahun lepas kepada Awang Mohamad Isa yang menyerahkannya kepada juara pada tahun ini iaitu keluarga Haji Marsidi dan Hajah Siti Hawa binti Ahmad.

Menurut Awang Mohammad Isa, Piala Pusingan itu adalah sebagai satu simbol sukan ria tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA