Sukan Ria Hari Pos Sedunia

Sukan Ria Hari Pos Sedunia

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Nov – Bersempena Hari Pos Sedunia 2015, Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengadakan Sukan Ria di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong, hari ini, yang dihadiri lebih 300 orang pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama memeriahkan acara pagi tadi ialah Ketua Pos Agung, Haji Mohd Manan bin Haji Lakim.

Dalam acara berkenaan, para pegawai dan kakitangan telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada rumah biru bernama ‘Mel Korporat’, rumah putih ‘E-Commerce’, rumah merah ‘Berdaftar’ dan rumah jingga yang diberi nama ‘Poslaju’ bagi mengikuti beberapa acara sukan.

Terdahulu sebelum itu, acara dimulakan dengan senamrobik beramai-ramai dan diikuti dengan beberapa aktiviti sukan ria.

Haji Mohd Manan bersama pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan ketika bersenamrobik beramai-ramai pada acara Sukan Ria di Pantai Seri Kenangan, kelmarin.
Haji Mohd Manan bersama pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan ketika bersenamrobik beramai-ramai pada acara Sukan Ria di Pantai Seri Kenangan, kelmarin.
Antara salah satu aktiviti menarik yang diadakan semasa acara sukan ria dijalankan.
Antara salah satu aktiviti menarik yang diadakan semasa acara sukan ria dijalankan.

Sukan ria itu julung kalinya diadakan sempena menyemarakkan lagi Hari Pos Sedunia 2015 di samping dapat mewujudkan warga pos yang bermotivasi dan harmoni serta untuk melegakan tekanan disebabkan kerja-kerja harian.

Selain itu, objektifnya adalah untuk saling berinteraksi dan berkenalan serta mengenali sesama mereka secara lebih rapat. Ia juga bertujuah mewujudkan suasana kekeluargaan yang meriah tanpa membezakan kedudukan dan pangkat di samping menghidupkan kerjasama sesama mereka melalui aktiviti.

ARTIKEL YANG SAMA