Sukan Ria labuh tirai

Sukan Ria labuh tirai

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Setelah menyaksikan aksi hebat hampir sebulan, Sukan Ria Antara Syarikat 2015 menutup tirai dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta para pegawai kanan kerajaan dan para jemputan khas.

Pasukan IMD yang menjuarai kejohanan Bola Keranjang NBT membawa pulang hadiah wang tunai $2,500 ribu, Piala Rebutan, piala pusingan dan pingat diikuti Pasukan D’Sunlit di tempat kedua dan Pasukan BSP di tempat ketiga.

Dalam Kejohanan Badminton Goldmyne, juara Kategori Beregu Lelaki dan membawa pulang hadiah wang tunai $400, piala rebutan, piala iringan dan pingat ialah Pasukan Istana Maintenance Department yang diwakili oleh Haji Rosli Haji Bakir dan Md. Faizal Helmizan bin Judin.

Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama pemenang Sukan Ria Antara Syarikat.
Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama pemenang Sukan Ria Antara Syarikat.

Bagi Kategori Beregu Wanita pula, juara yang membawa pulang hadiah wang tunai $400, piala rebutan, piala iringan dan pingat ialah Pasukan QAF Brunei Sdn Bhd ‘A’ yang diwakili oleh Siti Marinah binti Mohd Salleh dan Haslina.

Bagi Kategori Beregu Campuran pula, juara yang membawa pulang hadiah wang tunai $400, piala rebutan, piala iringan dan pingat ialah Pasukan QAF Brunei Sdn Bhd ‘A’ yang diwakili oleh Boroh bin Petrus dan Siti Marinah binti Mohd Salleh, manakala bagi Kategori Pasukan, juara ialah Pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai $1000, piala rebutan, piala iringan dan pingat.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan hadiah kepada Pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku juara Kejohanan Futsal.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan hadiah kepada Pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku juara Kejohanan Futsal.
Yang Berhormat Pehin bergambar dengan Pasukan Brunei Press Sdn Bhd yang mendapat tempat ketiga dalam kejohanan futsal.
Yang Berhormat Pehin bergambar dengan Pasukan Brunei Press Sdn Bhd yang mendapat tempat ketiga dalam kejohanan futsal.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan hadiah kepada Pasukan B.T Forwarding yang menjuarai kejohanan bola jaring.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan hadiah kepada Pasukan B.T Forwarding yang menjuarai kejohanan bola jaring.
Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama pemenang kejohanan bola keranjang.
Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama pemenang kejohanan bola keranjang.

Bagi Kejohanan Boling dalam Kategori A Master Lelaki, juara ialah Syu’aib Rafie dari Route 300 dan Kategori Master Wanita pula ialah Fatin Nurashikin dari Route 300 manakala juara Kategori Berpasukan ialah Pasukan Royal Brunei Airlines (RB).

Pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan muncul juara futsal yang membawa pulang wang tunai $1000, piala rebutan, piala iringan dan pingat manakala Pasukan B.T Forwarding muncul juara bola jaring dan membawa pulang hadiah wang tunai $600, piala rebutan, piala iringan dan pingat.

Sukan Ria Antara Syarikat tahun ini menyaksikan penyertaan 84 buah syarikat dalam pelbagai acara yang diadakan selama kira-kira sebulan.