Sukan ria PIBG terus erat perhubungan

Sukan ria PIBG terus erat perhubungan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

SEKOLAH Rendah Bendahara Sakam Bunut (SRBSB), Kluster 2, kelmarin telah mengadakan Sukan Ria Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang bertempat di Kawasan Perkumpulan Pagi SRBSB. Sukan Ria PIBG 2016 itu telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Rosinah binti Haji Ibrahim.

Sukan Ria itu diserikan lagi dengan senam robik dan aktiviti sukan ria PIBG seperti cabutan nombor bertuah, aktiviti ATV, pertandingan-pertandingan mini dan juga gerai keusahawanan murid Tahun 6.

Acara itu adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli PIBG di sekolah berkenaan disamping meluangkan masa bersama ahli keluarga dan mengalakkan aktiviti-aktiviti sihat dan juga beramal.

Para ibu bapa semasa menyertai senam robik.
Para ibu bapa semasa menyertai senam robik.

ARTIKEL YANG SAMA