Sukan Ria polis Tutong meriah

Sukan Ria polis Tutong meriah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Dis – Bersempena cuti persekolahan hujung tahun ini, Daerah Polis Tutong telah menganjurkan Sukan Ria ‘Gerak Sihat’ yang diadakan di Pantai Seri Kenangan, Tutong, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Superintenden Haji Chipli bin Haji Mohammad.

Acara dimulakan dengan zumba sebagai aktiviti memanaskan badan, yang diikuti dengan sesi pengenalan kepada pasukan-pasukan yang bertanding dalam perlawanan futsal, bola tampar dan tarik kalat dengan para peserta terdiri daripada anggota dari Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong, Balai Polis Tutong, Balai Polis Lamunin dan dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Tutong.

Selain itu, beberapa aktiviti juga dijalankan seperti meniup belon, mencari gula-gula yang bertanda, mencari benda tersembunyi, pertandingan mewarna dan permainan merebut kerusi mengikut muzik untuk anak-anak anggota Pasukan Polis Daerah Tutong.

Antara kumpulan yang menyertai aktiviti dalam sukan ria itu.
Antara kumpulan yang menyertai aktiviti dalam sukan ria itu.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Sukan Ria ‘Gerak Sihat’ di Pantai Seri Kenangan.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Sukan Ria ‘Gerak Sihat’ di Pantai Seri Kenangan.

pg09_151223_a

 

Acara dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong.

Sukan ria yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota Pasukan Polis Diraja Brunei dan keluarga anggota Daerah Polis Tutong di samping dapat mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat dalam kalangan mereka.

Ia juga diharap dapat diteruskan pada masa akan datang selain dapat mengeratkan lagi kerjasama pasukan Daerah Polis Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA