Sukan ria TASKA YSHHB

Sukan ria TASKA YSHHB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini mengadakan Acara Sukan Ria Bersama Keluarga 2016 di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Acara ini dikhususkan kepada pelajar Taman Asuhan 2 dan 3 yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi selaku tetamu kehormat majlis.

Sebelum acara bermula, bacaan Surah Al-Fatihah membuka tirai majlis diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu rasmi sekolah sebelum tetamu kehormat majlis merasmikan sukan berkenaan.

Awang Noorhaizamdin menyerahkan hadiah kepada salah seorang murid TASKA YSHHB.
Awang Noorhaizamdin menyerahkan hadiah kepada salah seorang murid TASKA YSHHB.

Senamrobik menyusuli atur cara sukan ria sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukan ria bagi menjayakan dan mencapai objektif majlis yang antaranya bertujuan menjadi wadah aktiviti kokurikulum tahunan TASKA YSHHB.

Ia turut dihasratkan akan dapat menanamkan cara hidup yang sihat melalui bersenam dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan warga TASKA YSHHB dan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim di antara ibu bapa dan penjaga dengan guru-guru serta warga TASKA YSHHB.

ARTIKEL YANG SAMA