Sukan Riadah 59

Sukan Riadah 59

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Keluarga, Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan Sukan Riadah 59 yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Simpanan Berakas, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah RTB, Haji Muhd Suffian bin Haji Bungsu.

Acara itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sukan ria, peraduan mewarna lukisan dan juga cabutan bertuah.

Aktiviti mewarna turut diadakan khas untuk kanak-kanak dalam acara Sambutan Hari Keluarga RTB.
Aktiviti mewarna turut diadakan khas untuk kanak-kanak dalam acara Sambutan Hari Keluarga RTB.

Tujuan Sukan Riadah 59 ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim kalangan warga RTB sebagai badan penyiaran yang berperanan dalam penyebaran maklumat dan agenda kerajaan yang selalu menyarankan agar masyarakat dapat mewujudkan semangat bersatu padu, pemedulian dan prihatin yang menyumbang kepada perpaduan dan kesejahteraan masyarakat di negara ini.

Acara itu juga diharap mampu menyalurkan kesan positif kepada pengukuhan institusi keluarga berlandaskan nilai-nilai murni, kasih sayang, hormat-menghormati dalam memperkukuh dan memantapkan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

ARTIKEL YANG SAMA