Sukan Rumah-Rumah PPN bermula

Sukan Rumah-Rumah PPN bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Pejabat Peguam Negara (PPN) baru-baru ini telah merasmikan Sukan Rumah-Rumah PPN bagi tahun 2016-2017 pada majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah mahkamah, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut dan seterusnya merasmikan perlawanan bagi acara sukan pertama Ping Pong ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh. Turut hadir ialah para pegawai kanan dan kakitangan di PPN.

Menurut kenyataan daripada PPN, empat buah kumpulan menyertai Sukan Rumah-Rumah PPN itu iaitu the Wolves, the Red Knights, the Green Gladiators dan the Yellow Jackets. Keempat-empat rumah sukan tersebut akan bersaing dalam lapan acara sukan termasuk damak, bowling, badminton, Pool & bola, futsal, bola jaring dan Trek. Pemenang keseluruhan acara Sukan Rumah-Rumah PPN akan menerima Piala Pusingan yang ditaja oleh Peguam Negara.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati merasmikan Sukan Rumah-Rumah PPN 2016 di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah mahkamah, Bandar Seri Begawan.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati merasmikan Sukan Rumah-Rumah PPN 2016 di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah mahkamah, Bandar Seri Begawan.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati semasa mengikuti perlawanan Ping Pong.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati semasa mengikuti perlawanan Ping Pong.

Aktiviti Sukan Rumah-Rumah PPN telah diungkayahkan oleh Jawatankuasa Sukan PPN sejak tahun 2009 sebagai aktiviti berterusan bagi mempromosikan sukan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PPN. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan semangat kerjasama di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan di jabatan tersebut.