Sukan Sekolah ASEAN buka tirai

Sukan Sekolah ASEAN buka tirai

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Kali Ke-8 membuka tirainya hari ini, dengan majlis pembukaan rasmi yang berlangsung di Chiang Mai University Convention Center, Thailand.

Hadir bagi merasmikan kejohanan tersebut ialah Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul.

Hadir bagi mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Haji Ismail bin Haji Abdul Manap.

Majlis perasmian diserikan dengan pelbagai persembahan oleh pelajar-pelajar sekolah Chiang Mai.

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Kali Ke-8 2016 (8th ASEAN School Games 2016) akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand selama sembilan hari bermula 21 sehingga 29 Julai 2016.

Perbarisan lalu peserta Negara Brunei Darussalam semasa majlis pembukaan rasmi kejohanan tersebut.
Perbarisan lalu peserta Negara Brunei Darussalam semasa majlis pembukaan rasmi kejohanan tersebut.
Tetamu-tetamu khas yang dijemput hadir semasa majlis pembukaan termasuk jemputan khas dan wakil bagi Negara Negara Brunei Darussalam, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Haji Ismail bin Haji Abdul Manap.
Tetamu-tetamu khas yang dijemput hadir semasa majlis pembukaan termasuk jemputan khas dan wakil bagi Negara Negara Brunei Darussalam, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Haji Ismail bin Haji Abdul Manap.
Ucapan pembukaan rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul.
Ucapan pembukaan rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul.

Dijangka seramai lebih 1,600 orang atlet akan menyertai kejohahan tersebut, yang mempertandingkan sebanyak 11 acara sukan iaitu Olahraga, Golf, Sepak Takraw, Badminton, Bola Keranjang, Gimnastik, Tenis, Ping Pong, Renang, Bola Tampar dan Futsal.

Sebanyak lapan buah negara Asean yang menyertai kejohanan tahun ini iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Singapura, Vietnam dan juga Thailand.

Kontinjen negara diketuai oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan di Kementerian Pendidikan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus.

Penyertaan negara dalam kejohanan tersebut merupakan kali ke-8 sejak ia diadakan pada tahun 2009 dan kali ini atlet negara akan terlibat dalam dua acara iaitu Olahraga dan Sepak Takraw.

pg22_160725_c

pg22_160725_d

Kejohanan ini merupakan salah satu program tahunan yang dimuatkan dalam kalendar aktiviti Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam dan juga Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Atlet-atlet negara yang menyertai pada tahun ini terdiri daripada pelajar pilihan dari beberapa buah sekolah menengah yang menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Sebagai persediaan, atlet-atlet berkenaan telahpun menjalani latihan pusat selama beberapa minggu di bawah bimbingan para jurulatih dan penolong jurulatih yang telah dilantik.

Untuk mengikuti perkembangan sepanjang kejohanan tersebut diadakan, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi kejohanan berkenaan http://southeastasiansports.blogspot.com/p/asean-school-games.html

ARTIKEL YANG SAMA