Sukan Tahunan KUPU SB buka tirai

Sukan Tahunan KUPU SB buka tirai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Sukan Tahunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) kali ke-9 anjuran Persatuan Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar KUPU SB membuka tirainya dengan majlis pembukaan rasmi yang berlangsung di bangunan kolej tersebut hari ini.

Tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan sukan tahunan tersebut ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Ustaz Haji Adanan bin Haji Basar yang dialu-alukan oleh Exco Sukan dan Rekreasi Persatuan Pelajar KUPU SB sesi 2015/2016, Awang Mohd Rusaini bin Awang.

Acara diikuti dengan perarakan masuk pasukan yang mewakili setiap rumah acara tersebut. Sukan tahunan kali ini antara lain mempertandingkan sukan seperti bola sepak, futsal, ping pong, dodge ball, badminton, boling, volleyball, olahraga, handball, sepak takraw, bola jaring dan tarik kalat.

Antara peserta yang mewakili rumah pasukan pada acara tersebut.
Antara peserta yang mewakili rumah pasukan pada acara tersebut.