Sukan Tahunan UNISSA labuh tirai

Sukan Tahunan UNISSA labuh tirai

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Sukan Tahunan dan Hari Usrah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) kelmarin melabuhkan tirainya dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta pengumuman rumah terbaik dan atlet terbaik bagi Sukan Tahunan UNISSA 2016.

Majlis yang diadakan di Padang dan Balapan, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah itu dihadiri oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku tetamu kehormat majlis. Juga hadir ialah pegawai-pegawai utama, dekan-dekan, timbalan dekan, pensyarah, kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan acara perbarisan lalu daripada para peserta yang mewakili setiap rumah masing-masing, diikuti dengan sesi pemanasan badan dan acara Hari Usrah bagi warga UNISSA yang antara lain mempertandingkan acara lari ikat kaki, boling padang, tendangan penalti dan sebagainya.

Dr. Haji Norarfan ketika menyampaikan hadiah kepada salah sebuah pasukan.
Dr. Haji Norarfan ketika menyampaikan hadiah kepada salah sebuah pasukan.
Gambar ramai bersama juara keseluruhan Sukan Tahunan UNISSA 2016.
Gambar ramai bersama juara keseluruhan Sukan Tahunan UNISSA 2016.
Acara kemuncak pertandingan tarik kalat yang disertai warga UNISSA memeriahkan lagi acara sukan tersebut.
Acara kemuncak pertandingan tarik kalat yang disertai warga UNISSA memeriahkan lagi acara sukan tersebut.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara kemuncak pertandingan tarik kalat bagi peringkat akhir.

Majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA itu kemudiannya ditutup dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis dan bacaan doa selamat bagi memberkati majlis.